Thursday, October 7, 2010

Dugaan dariNYA.

Allah tidak pernah meletakkan hambaNya di dalam satu musibah (atau lebih tepat ujian) sedangkan Dia tahu bahawa hambaNya itu tidak mampu untuk memikul atau menampung bebanan dan ujian tersebut. Dalam erti kata yang lebih ringkas dan mudah, Allah itu adil dan sayangkan hamba-hambaNya.

Terdapat beberapa sebab mengapa sesuatu musibah dan ujian itu diturunkan ke atas seseorang. Antaranya termasuklah, menghapuskan dosa-dosa, sebagai hukuman, dan yang paling menakjubkan sekali, sebagai penghubung rezeki yang tidak terduga yang ingin Allah salurkan kepada seseorang itu sama ada dalam masa terdekat ataupun di masa yang akan datang.

No comments:

Post a Comment