Saturday, October 16, 2010

I made a stupid mistakes in my life.

Banyak yang telah berlaku kebelakangan ni. Gembira, suka, duka, pahit dan manis. Aku rasa cukup ramuannya. Aku sedar, telah banyak kesilapan yang telah aku lakukan sepanjang tempoh untuk aku berubah. Aku telah memburukkan keadaan. Aku terlalu mempercayai orang disekeliling aku sehingga banyak pekara terjadi tanpa dijangka. Manusia memang tak boleh melihat hidup orang lain senang kan? dan manusia memang suka menyibuk hal orang. Tokok tambah cerita, merumitkan lagi keadaan. padahal pekara tu sebesar kuman tetapi bila orang lain yang menyampaikan jadilah sebesar binatang. Silapnya datang dari diri aku sendiri.. Jika aku tidak bercakap mengenai itu takkan jadi sampai macam ni. Sungguh kesal tapi dah terlambat. telajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya. Aku sungguh kesal dengan tindakan yang telah aku lakukan. Betul kata seseorang kepadaku "silent is the best medicine, ignorance is the best lesson! Lepas apa yang telah berlaku aku tidak mahu berkata mengenai apa-apa lagi. Maaflah, aku tak percaya sesiapa pun sekarang ni. Aku minta maaf diatas apa yang telah berlaku. Jika ada cara untuk aku tebus kembali kesilapan aku, aku akan lakukan dan kepada sesiapa pun yang pernah buat salah dengan aku, aku dah pun memaafkan dan secara jujurnya aku tidak mahu fikir lagi pekara yang lepas. Maafkan aku dengan apa yang telah berlaku.

No comments:

Post a Comment